Recent News

Sunday 4 December 2011

6 Ikan Tempatan Hampir Pupus

Pari Sungai



     Tidak Ramai Yang Tahu Pari Juga Ada Mendiami Kawasan Air Tawar Iaitu Kawasan Sungai Hingga Di Bahagian Hulu. Ia Dikenali Sebagai White Edge Freshwater Whip Ray Atau Himantura Signifer. Ikan Ini Hidup Di Dasar Sungai Dan Memiliki Garisan Putih Pada Sekeliling Badannya. Mempunyai Sonak Yang Berbisa Dan Membesar Melebihi 60cm Dan Berat Maksimum Sehingga 80kg.
     Ikan Pari Sungai Ini Dulu Banyak Terdapat Di Sungai Perak Dan Pahang Tapi Kini Kian Pupus. Di Malaysia @ Semenanjung Pari Sungai Bersaiz Besar Belasan Kilogram Boleh Dianggap Telah Pupus. Selain Dia Malaysia, Pari Sungai Juga Didapati Di Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Sungai Inderagiri, Sumatera, Indonesia Dan Sungai Chao Phrya, Thailand.

Ringau


     Dikenali Sebagai Four Banded Tigerfish Atau Datnioides Polota. Ikan Ini Hidup Di Kawasan Air Payau Di Muara Sungai, Kawasan Teluk Dan Sungai Yang Mempunyai Kesan Pasang Surut.
     Membesar Melebihi 30cm Dan Berat Sehingga 2kg Dulu Banyak TerdapatDi Sungai-Sungai Di Perak, Melaka Dan Sarawak Tapi Kini Kian Pupus. Ikan Ini Boleh Ditemui Di India, Bangladesh, Thailand Dan Indonesia.

Toman Bunga


     Ikan Ini Memiliki Banyak Nama Mengikut Lokasi Di Negara Ini. Ada Yang Menggelarnya Sebagai Kerandang, Jelai, Jaloi Atau 'Emperor Snakehead'. Nama Sainsnya 'Channa Marulioides'. Ia Merupakan Ikan Pemangsa Jenis Ikan Kepala Ular (Snakehead). Spesis Yang Memiliki Corak Cantik Ini Mendiami Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Berair Gambut Serta Mendiami Kawasan-Kawasan Berpaya Yang Kandungan Ph Airnya Rendah, Sama Seperti Saudaranya, Haruan Palas Dan Bujuk.
     Ia Boleh Membesar Sehingga 68cm Dan Mencapai Berat Badan 3.5kg. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amat Berkurangan. Ikan Ini Juga Boleh Di Dapati Di Selatan Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia.

Ikan Temoleh


     Ikan Dari Keluarga Kap Ini Juga Dikenali Sebagai Temelian, Tamalian Atau Probarbus Jullieni. Ia Merupakan Salah Satu Ikan Terbesar Di Malaysia Dan Mampu Membesar Hingga 25kg Bersama Ukuran Panjangnya Hingga 150cm.
     Sekitar Tahun 1990-an, Temoleh Seberat 33kg Pernah Dilaporkan Ditangkap Di Kuala Tahan, Pahang. Manakala Temoleh Terberat Yang Pernah Direkodkan Setakat Ini Adalah 70kg Di Thailand.
     Dahulu, Ia Banyak Terdapat Di Sungai-Sungai Di Pahang Dan Perak Tapi Kini Kian Pupus. Selain Malaysia, Temoleh Boleh Ditemui Di Laos, Lembangan Chao Phraya, Thailand Dan Mekong, Vietnam.

Yu Gergaji


     Juga Dikenali Sebagai Yu Beroi, Yu Parang, Pari Gergaji Seragam, Largetooth Sawfish Atau Pristis Microdon. Ikan Ini Di Kawasan Muara Sungai Dan Ada Juga Yang Bergerak Ke Sungai Air Tawar. Membesar Melebihi 7m Dan Berat Sehingga 600kg. Gergaji Digunakan Untuk Melibas Ikan Dan Untuk Mempertahankan Diri. Selalu Terdapat Di Kawasan Dasar Yang Berlumpur Dan Aktif Pada Waktu Malam. Ikan Yu Gergaji Ini Dulu Banyak Terdapat Di Sungai Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu Dan Pahang Tapi Kini Pupus. Ikan Ini Juga Boleh Didapati Di Kawasan Indo-Pasifik Barat.

Ikan Kelisa


     Nama Saintifiknya ' Scleropages Formosus' Atau Turut Digelar ' Asian Bonytongue ' Merupakan Ikan Yang Paling Popular Sekali Kini Di Antara Ikan Akuarium Dan Disebabkan Ini Ia Kini Pupus Terutamanya Ikan Yang Asli Dari Sungai Atau Tasik.
     Mendiami Kawasan Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Air Gambut. Boleh Membesar Sehingga 90cm Dan Berat Badan 7kg. Ikan Jantan Menyimpan Telur Dan Anak Di Dalam Mulutnya Sehingga Menetas.
     Yerdapat Beberapa Jenis Ikan Kelisa Di Malaysia Iaitu Dari Jenis Kelisa Hijau, Biru Dan Emas Dan Taburannya Berbeza Mengikut Lokasi,. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amata Berkurangan. Ikan Dari Spesis Ini Juga Boleh Didapati Di Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia, Vietnam, Dan Kampuchea.

Sumber - Majalah Umpan