Recent News

Sunday 31 July 2011

Tips Untuk Orang Tak Hensem :-P


Tips Bagi Yang Merasa  Dirinya Sebagai Lelaki Tak Hensem ( Maaf Ini Hanya Gurauan, Jangan Disimpan Di Dalam Hati K :-P )

  1. Jangan Putus Asa, Tidak Semua Orang Menilai Manusia Dari Fizikalnya, Boleh Juga Dinili Dari Rumahnya, Keretanya, Pangkatnya, Atau Wang Simpanannya - Don't Judge The Book By The Cover.
  2. Jangan Salahkan Diri Anda Kalau Anda Tak Hensem, Salahkanlah Orang Tua Anda, Kerana Tak Hensem Itu Kan Keturunan...Kehkeh! Betul Tak? - Like Father, Like Son.
  3. Perbaiki Kecantikan Dalaman Anda, Itu Kalau Anda Merasa Sisi Luar Anda Memang Hampeh - The Beauty Is Under The Skin.
  4. Jangan Sakit Hati Kalau Dikatakan Tak Hensem, Buat Bodo Jer, Ingat Film Beauty And The Beast Kan - No Gain Without Pain.
  5. Jadilah Diri Anda Sendiri, Kalau Anda Tak Hensem, Bersyukurlah. Mungkin Kalau Anda Hensem Anda Akan Banyak Dosa - Just Be Yourself.
  6. Kalau Orang Lain Menilai Anda Tak Hensem, Jangan Ambil Hati, Penilaian Manusia Tidak Selalu Benar (Mungkin Anda Sebenarnya Lebih Tak Hensem Lagi...Huhu) - The Truth Is Out There.
  7. Yang Cakap Tak Hensem Itu Bergantung Kepada Alam Sekitar Anda, Misalnya Anda Disini Tak Hensem Tapi Di Afrika Boleh Jadi Paling Hensem Tu, Jadi Pindahlah Ke Sana Je..Kehkeh!- The Right Man In The Wrong Place.
  8. Cinta Tidak Memandang Hensem Atau Tak Hensem. Tak Percaya? Tanyakan Perkara Ini Kepada Orang Yang Tak Hensem... - Love Is Blind.
Kalau Anda Membaca Tips Ini Sampai Habis, Bererti Anda Memang Merasakan Anda Tak Hensem. Kalau Anda Sendiri Rasa Diri Anda Tak Hensem, Apalagi Orang Lain Yang Melihat Anda. Jangan Menganggap Kalau Anda Merasa Tak Hensem Itu Anda Low Profile, Percayalah..Orang Lain Pun Akan Setuju Dengan Pendapat Anda, Jadi Percayalah Pada Kata Hati Anda ( Kalau Anda Tak Hensem ).

Kalau Anda Tersinggung Dengan Artikel Ini, Ini Bererti Betul...Anda Memang Tak Hensem..Kehkeh..Sorry Just Kidding :-P

Saturday 30 July 2011

10 Ikan Pra Sejarah Yang Hidup Hingga Kini

Tidak Semua Evolusi Haiwan Pra Sejarah Itu Musnah, Terdapat Beberapa Haiwan Pra Sejarah Yang Kekal Hingga Ke Hari Ini. Ia Disebabkan Haiwan Berkenaan Mampu Beradaptasi Dengan Suasana Persekitaran. Tidak Terkecuali Beberapa Jenis Ikan. Berikut 10 Ikan Pra Sejarah Yang Masih Hidup Hingga Ke Hari Ini.

Lancetfish




Melihat Rupanya Sahaja Terutama Gigi, Rahang Ikan Ini Jelas Menampakkan Ciri Ikan Pra Sejarah Seperti Mulut Kebanyakan Haiwan Pra Sejarah Yang Lain. Lancetfish Boleh Ditemui Di Kebanyakan Lautan Kecuali Kawasan Kutub. Ia Mampu Mencapai Panjang Dua Meter Dan Merupakan Ikan Yang Sangat Rakus Memburu Ikan Kecil, Sotong Dan Adakalanya Turut Memakan Ikan Dalam Komuniti Yang Sama

Alligator Gar




Mempunyai Sisik Yang Tebal, Haiwan Predator Ini Banyak Ditemui Di Amerika Utara, Amerika Selatan, Utara Dan Juga Timur Mexico AS Selatan. Ikan Ini Mampu Membesar Sehingga 200 KG. Memiliki Rahang Panjang Dan Barisan Gigi Tajam, Ikan Ini Mudah Untuk Memburu Ikan Kecil Lain Sebagai Dietnya.

Arowana




Arowana Dikenalpasti Telah Wujud Sejak Zaman Dinosaur Lagi. Ia Dianggap Ikan Yang Rakus, Selain Serangga, Pernah Dilaporkan Arowana Turut Memakan Burung Kecil Dan Juga Kelawar Yang Terbang Berhampiran Permukaan Air. Merupakan Ikan Hiasan Termahal Di Dunia.

Hagfish




Menurut Catatan Fosil, Ikan Ini Telah Wujud Sejak 300 Juta Tahun Lalu, Iaitu Sudah Wujud Sebelum Zaman Dinosaur. Seringkali Disebut Belut Berlendir, Tetapai Ia Bukan Dari Keluarga Belut Mungkin Juga Bukan Dari Kategori Ikan. Disifatkan Sebagai Ikan Yang Aneh Kerana Memiliki Tengkorak, Dua Otak Tetapi Tidak Memiliki Tulang Belakang Dan Hampir Buta. Aktif Pada Waktu Malam Dan Boleh Ditemui Di Dasar Lautan Dimana Bangkai Haiwan Besar Yang Jatuh Ke Dasar Lautan. Ia Mampu Menghasilkan Zat Slimey Ya ng Terhasil Dari Lendirnya Bagi Merosakkan Ikan Pemangsa. Di Sebabkan Itulah Juga Ikan Ini Hampir Tidak Memiliki Musuh.

Polypterus Senegalus




Rupa Bentuk Badannya Yang Bersirip, Menonjolkan Ciri-Ciri Polypterus Senegalus Sebagai Ikan Yang Pernah Lahir Dari Zaman Pra Sejarah. Ia Memiliki Sirip Atas Yang Banyak Seperti Duri, Sama Seperti Beberapa Spesis Dinosaur Di Zaman Berkenaan. Ikan Ini Sering Dipelihara Di Dalam Akuarium Sebagai Ikan Eksotik. Uniknya Ikan Ini Tahan Lasak, Sama Seperti Ikan Haruan Yang Mampu Hidup Tanpa Air Asalkan Badannya Lembab.

Sawfish




Dalam Bahasa Tempatan Ikan Ini Di Gelar Yu Gergaji. Boleh Ditenui Di Serata Dunia Baik Di Laut, Air Payau Mahupun Sungai. Bahkan Ini Dilaporkan Pernah Ditemui Hingga 100 Km Pedalaman. 'Gergaji' Di Hadapan Mulutnya Merupakan Senjata Yang Menggerunkan Pemangsa Lain. Namun Sebenarnya Gergaji Itulah Juga Deria Sensitif Untuk Mencari Makanan. Boleh Menjadi Ganas Sekiranya Dirinya Menjadi Terancam. Merupakan Antara Ikan Paling Terancam, Kerana 'Gergaji' Hadapannya Diburu Untuk Dijadikan Barang Perhiasan.

Frilled Shark




Ikan Ini Telah Wujud Sejak Zaman Cretaceous, Iaitu Ketika Dinosaur Menguasai Planet Bumi. Mampu Membesar Antara 2 Hingga 6 Meter, Dengan Betina Lebih Besar Dari Jantan. Diet Utamanya Adalah Sotong. Ikan Ini Tidak Merbahaya Kepada Manusia Dan Ia Jarang Dilihat Secara Hidup Kerana Habitatnya Di Lautan Dalam, Kebanyakan Ia Ditemui Setelah Mati Oleh Para Nelayan.

Arapaima Gigas




Keluarga Terdekat Ikan Ini Adalah Arowana. Ia Yang Berasal Dari Brazil Dianggap Ikan Air Tawar Terbesar Di Dunia. Ikan Ini Mampu Membesar Sehingga 4 Hingga 5 Meter Panjang. Namun Saat Ini Sukar Untuk Menemukan Saiz Begini Di Habitat Liar. Arapaima Sejenis Ikan Yang Perlu Kerap Timbul Ke Permukaan Air, Untuk Menyedut Udara, Untuk Terus Hidup. Meskipun Bentuk Tubuhnya Besar, Arapaima Tidaklah Menimbulkan Bahaya Bagi Manusia Dan Di Habitat Asal, Ikan Ini Sering Diburu Oleh Penduduk Asli Untuk Dijadikan Makanan.

Coelacanth




Coelacanth Pernah Diisytiharkan Sebagai Pupus. Namun Ikan Yang Hidup Di Era Cretaceous Ini Berjaya Ditangkap Hidup Pada Tahun 1938 Di Afrika Selatan Dan Kali Kedua Ia Tersangkut Pada Jaring Nelayan Di Indonesia Pada Tahun 1999.

Sturgeon




Di Negara Barat Ikan Ini Kerap Di Buru Bagi Mendapatkan Telurnya Sebagai Diet Harian Mereka. Tidak Hairanlah Ikan Sturgeon Liar Semakin Berkurangan Dan Ikan Ini Mula Diternak Di Dalam Sangkar. Spesis Sturgeon Mampu Membesar Sehingga Enam Meter. Ikan Ini Tidak Mendatangkan Bahaya Kepada Manusia, Namun Terdapat Kes Yang Dilaporkan Ikan Ini Menyerang Manusia Akibat Diprovokasi.

Sumber - Majalah Umpan

Friday 29 July 2011

Istilah Popular Bagi Kaki Pancing

Bangau, Membangau




Keadaan Di Mana Pemancing Sedang Menunggu Umpan Pancingannya Di Makan Ikan, Kerap Berlaku Kepada Kaki-kaki Bottom..Kehkeh!


Bangla (Electric Reel)



Panggilan Bagi Kekili @ Mesin Elekrik.

Bulu @ Skirt
Apa-apa Yang Diletak Pada Mata Kail Untuk Menarik Perhatian Ikan Seperti Bulu Ayam, Plastik Yang Dibentuk Seperti Sotong Dan Sebagainya.

Janggut (Spinnerbait)




Umpan Tiruan Yang Menggabungkan Matakail, Besi Kekipas (Spinner) Dan Bulu-Bulu Plastik (Skirt). Umpan Ini Femes Bagi Ikan Haruan Dan Toman.

Jenggo @ Jerangkung




Gelaran Bagi Udang Galah

Komplot
Seseorang Atau Lebih Yang Terlibat Di Dalam Sesuatu Trip Memancing.

Koyan




Satu Kaedah Yang Sering Digunakan Oleh Para Nelayan Iaitu Memancing Tanpa Menggunakan Joran Atau Kekili. Sebaliknya Cuma Menggunakan Gegelung Yang Diisi Dengan Tali Tangsi.

Kucah
Keadaan Laut Yang Agak Bergelora / Ombak Yang Tinggi

Kumpau
Kegagalan Untuk Mendapatkan Seekor Ikan Ketika Memancing

Mata Bom




Sejenis Perambut Yang Mempunyai Lebih Dari Satu Mata Kail. Biasanya Digunakan Bagi Pancingan Air Tawar

Mesin Katak




Kekili Jenis Lama Yang Telah Diubahsuai Bagi Menghasilkan Bunyi Yang Kuat Apabila Umpan Di Bawa Lari Sang Ikan.

Bihun @ Bird Nest




Tali Bersimpul Di Dalam Kekili. Kerap Berlaku Apabila Balingan Tidak Betul Atau Tergesa-Gesa. Sering Terjadi Kepada Pengguna Kekili Baitcaster.

Sumber - Majalah Umpan

Monday 25 July 2011

Yang Terpantas Di Dunia!!!

Kereta Terpantas Di Dunia


Shelby Super Cars Ultimate Aero (412.28 KMPH)
Haiwan Terpantas Di Dunia

Cheetah (113 KMPH)
Burung Terpantas Di Dunia

Spine tailed swift (171 KMPH)
Ikan Terpantas Di Dunia

Sailfish (110 KMPH)
Lelaki Terpantas Di Dunia

Usain Bolt (40-43 KMPH)
Pesawat Terpantas Di Dunia

X-43 Aircraft (12144 KMPH)
Kereta Api Terpantas Di Dunia

Shanghai Maglev Train (581 KMPH)
Motosikal Terpantas Di Dunia

Toma Hawk *Not a Legal Bike (675 KMPH)
Sumber - Informasi Kini :-)

Kisah Pengantin Baru


Sepasang Pengantin Baru Mengalami Gangguan Kesihatan. Setelah Diperiksa Dengan Teliti, Doktor Memberitahu Perkara Itu Disebabkan Oleh Hubungan Seks Yang Terlalu Kerap.

"Untuk Sementara Waktu Ini, Anda Berdua Dinasihatkan Supaya Menghadkan Kegiatan Seks. Sebaiknya Dua Kali Seminggu Sahaja. Untuk Memudahkan Mengingat, Saya Sarankan Untuk Melakukan Hubungan Ini Hanya Pada Hari Yang Bermula Dengan Huruf 'S', Iaitu Selasa Dan Sabtu," Saran Doktor.

Akan Tetapi Pada Malam Ketiga Berpuasa Dari Membuat Hubungan Itu, Si Suami Tidak Dapat Lagi Menahan Nafsunya Lalu Mencumbui Isterinya Yang Sedang Tidur Sehingga Isterinya Terjaga.

"Hari Ini Hari Apa Bang?" Tanya Si Isteri

"Sumaat" Jawab Si Suami.

Sunday 24 July 2011

One Piece Addicted :-P


Hai...Apa Nak Jadi Ngan Aku Ni..Sebelum Ni Naruto..Skarang Ni One Piece Pulak..Kehkeh! Walaupun Aku Ni Bolehla Di Kategorikan Terlambat Jugak Untuk Meminati Cite Ni. Semuanya Berpunca Daripada Aku Duk Melayan Anak Aku Tengok Cite Ni Kat Astro Ceria, Last2 Aku Yang Tersangkut..Kehkeh!

Aku Suka La Dengan Jalan Cerita One Piece Ni, Lagi-Lagi Dengan Watak Si Luffy Ni..Tak Abis2 Dengan Cita-Cita Nya Nak Jadi Raja Lanun, Pastu Cerita Macamana Dia Kumpulkan Geng-Geng Dia Yang Lain..Bestla. Walaupun Cite Ni Kalu Ikutkan Dah Beratus Episod, Tapi Aku Lebih Suka Tengok Kat Astro Ceria, Sebab Dia Dah Translate Ke Dalam Bahasa Melayu..Senang Sikit Nak Paham Kan.

Ni Kalu Mak Ngan Ayah Aku Tau Ni Mesti Dia Orang Kata..Apala Nak Jadi Dengan Ko Ni Faiz, Dah Besar-Besar Pun Nak Tgk Cite Katon..Kehkeh! Samalah Ngan Bini Aku Pun. Tapikan Bagi Akulah, Cite-Cite Katon Macam Naruto & One Piece Ni Kan Lebih Menarik Minat Orang Dewasa, Rasanya Budak-Budak Kecik Bukannya Minat Tgk Cerita Ni, Mungkin Adalah Sedikit, Tapi Rasanya Lebih Ramai Bapak Budak Yang Suka Tgk Katon Camni. Pasal Katon-Katon Camni Kan Lebih Complicated Sikit Kan, So Manalah Bebudak Nak Paham Sangat Kan...Kehkeh!

Oklah..Hidup Naruto & One Piece..I Like :-p

Saturday 16 July 2011

Teknik Catch & Release Yang Betul


Ramai Dikalangan Pemancing Tanah Air Kita Mulai Sedar Tentang Kepentingan Dan Cuba Untuk Mempraktikkan Konsep Tangkap Dan Lepas Ini. Malangnya Tak Semua Dari Kalangan Kita Memahami Sebenarnya Konsep Tangkap & Lepas Ini. Adakalanya Melepaskan Ikan Kelihatan Seperti Agak Mudah Iaitu Dengan Menanggalkan Matakail Terus Dari Mulut Ikan Dan Terus Dilepaskan Ke Dalam Air Lalu Ia Berenang Dengan Bebasnya. Malah Ikan Juga Tidak Menunggu Kita Untuk Dirinya Dibebaskan, Sebaliknya Ia Akan Meronta-Ronta Dengan Menggeliang-Geliut Untuk Membebeaskan Dirinya.

Sesuatu Pertarungan Itu Dapat Memberi Suatu Cabaran Yang Menguja Dan Keseronokkan Yang Tak Terhingga Kepada Kita, Tetapi Tidak Kepada Ikan. Ia Bertarung Untuk Terus Hidup. Oleh Kerana Separuh Nyawanya Telah Hilang Di Dalam Pertarungan Tersebut Maka Kita Tidak Boleh Melepaskannya Ke Dalam Air Begitu Sahaja Sebelum Dirawat Dan Dipulihkan Terlebih Dahulu. Sekiranya Kita Membebaskan Dengan Serta Merta, Ikan Tersebut Akan Berenang Lemah Secara Terbalik Iaitu Dengan Perutnya Ke Atas Lali Menunggu Masanya Untuk Menemui Ajal.

Jadi Beberapa Fakta-Fakta Dari Pelbagai Sumber Rujukan Dan Diterjemahkan Ke Bahasa Ibunda Agar Ianya Memberi Manfaat Serta Boleh Dijadikan Panduan Dan Pedoman Bagi Kita Semua.

Pemilihan Alat Tangkapan

  1. Gunalah Tali Pancing Yang Telah Diuji Ketahanannya Bagi Boleh Menaruk Tangkapan Dengan Mudah Dan Cepat.
  2. Ikan Yang Dipancing Dengan Menggunakan Fly Atau Lure Lebih Berpeluang Tinggi Untuk Terus Hidup Berbanding Penggunaan Umpan Hidup
  3. Sesuaikan Matakail Dengan Saiz Tangkapan.
  4. Guna Playar Untuk Meratakan Duri Pandan Agar Matakail Lebih Mudah Ditanggalkan Dari Mulut Ikan
Mendaratkan Tangkapan

  1. Daratkan Ikan Dengan Lemah Lembut Dan Sepantas Yang Boleh
  2. Tidak Perlu Mengalihkan Ikan Tersebut Keluar Dari Air.
  3. Elakkan Ikan Jatuh Terhempas Ke Tanah, Perut Bot Meskipun Di Dalam Air Yang Cetek.
  4. Gunalah Tangguk Atau Sauk Yang Mempunyai Jaring Yang Lembut Atau Jaring Yang Tidak Mempunyai Knot Seperti Jaring Silicon.
Menangani Tangkapan

  1. Kekalkan Ikan Terus Berada Di Dalam Air.
  2. Bagi Ikan Yang Besar Peganglah Dengan Kedua-Dua Tangan Dengan Lembut Iaitu Sebelah Tangan Mengampu Di Bawah Perut Manakala Sebelah Tangan Lagi Memegan Di Bahagian Ekor.
  3. Pastikan Jari Jemari Tidak Menusuk Ke Bahagian Insang Atau Mata.
  4. Jangan Memicit Mana-Mana Bahagian Badan Ikan.
  5. Ikan Tidak Boleh Bertahan Lama Di Darat Sepertimana Manusia Tidak Boleh Bertahan Nafas Dengan Lamanya Di Dalam Air. Peganglah Ikan Tersebut Dari Dalam Air Lagi Sementara Itu Mintalah Kawan Untuk Mengambil Gambar.
Mengeluarkan Mata Kail

  1. Gunalah Forsep Atau Playar Bermuncung Panjang Bagi Mengeluarkan Mata Kail Dari Mulut Ikan.
  2. Keluarkan Mata Kail Secepat Mungkin Dan Pastikan Ikan Sentiasa Berada Di Dalam Air.
  3. Seandainya Mata Kail Tertelan Agak Jauh Ke Dalam Mulut, Potong Terus Tali Perambut Dan Lepaskan Ikan Itu Dengan Segera. Sekira Ikan Tercedera Dengan Parah Atau Berlaku Pendarahan Pada Insangnya, Hayat Ikan Tersebut Mungkin Tidak Panjang, Maka Adalah Lebih Baik Dibawa Pulang Untuk Menjadi Hidangan Seisi Keluarga.
  4. Elakkan Dari Mengguna Mata Kail Stainless Steel Kerana Matakail Tersebut Tidak Melarutkan Asid Di Dalam Perut Ikan Apabila Ia Terkena Kail
Merawatpulih Tangkapan (Reviving)

  1. Ikan Hendaklah Berada Di Dalam Air Sepanjang Masa. Sekiranya Untuk Mengambil Gambar, Pastikan Jurufoo Telah Bersiap Sedia Dan Lakukan Dengan Pantas Agar Ikan Tersebut Dengan Segera Diletakkan Semula Ke Dalam Air.
  2. Setelah Bertarung Habis-Habisan Biasanya Ikan Akan Menjadi Sangat Letih Dan Tidak Berupaya. Oleh Itu Ikan Perlu Dirawat Pulih Terlebih Dahulu Sebelum Terus Dilepaskan Ke Dalam Air. Langkah Pertama Pastikan Kepala Ikan Tersebut Mengarah Ke Hulu Sungai, Pilihlah Suatu Sudut Atau Kawasan Yang Berarus Perlahan (Manakala Tasik Atau Lautan , Arus Bukanlah Suatu Faktor Masalah Bagi Proses Merawatpulih Tangkapan). Gerakkan Perlahan-Lahan Dengan Menyorong Ia Ke Depan Dan Undur Semula Ke Belakang Berulang-Ulang Kali Sehingga Kelihatan Bahagian Insangnya Mula Membuka Dan Menutup Sehingga Stabil. Bila Ikan Tersebut Semakin Pulih Dan Stabil Dan Cuba Untuk Memulakan Renangan, Maka Ia Akan Terus Berenang Dengan Sendirinya Dari Tangan Kita.
  3. Ikan Yang Besar Biasanya Mengambil Masa Untuk Kembali Pulih, Maka Ulangi Proses Tersebut Berkali-Kali Sehingga Ia Pulih Seperti Sediakala.
Okay..Selamat Mencuba & Selamat Beramal :-)

Sumber - Darul Naim Anglers

Amalan Catch & Release


Setiap Pemancing Perlu Meletakkan Satu Tekad Dalam Hati Bahawa Segala Rezeki Adalah Ketentuan Allah. Setiap Apa Yang Kita Peroleh Setiap Kali Keluar Memancing Adalah Atas Kehendak-Nya Jua. Sebab Itu Kita Jangan Persalahkan Sesiapa Apabila Ada Sesetengah Kumpulan Pulang Tangan Kosong Walaupun Keluar Beberapa Hari Memancing.

Yang Pasti Akan Menjadi Mangsa Cemuhan Ialah Tekong, Rakan Sekumpulan, Keadaan Laut Serta Segala Sebab Yang Boleh Dikaitkan. Sehingga Segalam Umpan Yang Dibawa Juga Dijadikan Sebab Atau Dipersalahkan Apabila Kita Tidak Mendapat Tangkapan Seperti Yang Dihajati. Kali Ini Pak Nuri Ingin Berkongsi Pengalaman Dengan Pemancing Daripada Pengalaman Orang Lama Yang Menjadikan Laut Sebagai Sumber Rezeki Dan Sentiasa Bersyukur Dengan Segala Ketentuan Allah.

Ada Sesetengah Pemancing Tidak Bersyukur Apabila Mendapat Ikan Kecil Atau Spesis Ikan Yang Tidak Dikehendaki. Mulut Mereka Sentiasa Bercakap Celupar Atau Memaki Hamun. Malah Lebih Buruk Lagi, Mereka Menghempas Ikan Berkenaan Ke Lantai Bot Atau Mencederakan Ikan Berkenaan Kononnya Kerana Rasa Kecewa Atau Marah. Ini Adalah Satu Perbuatan Yang Tidak Sepatutnya Wujud Di Kalangan Pemancing.

Ini Kerana Apa Yang Kita Peroleh Ketika Memancing Adalah Sudah Ditentukan Allah. Jangan Kita Pertikaikan Kehendak-Nya. Sebaliknya, Lebih Banyak Bersabar Dan Bersyukur Walaupun Hanya Dapat Menaikkan Seekor Ikan Kecil Dan Tidak Mencapai Hajat Seseorang. Allah Sentiasa Menguji Hamba-Nya Sama Ada Bersyukur Dengan Pemberian-Nya Dan Tidak Meletakkan Diri Masing-Masing Lebih Besar Daripada Kuasa Yang Maha Esa.

Selain Itu, Orang Tua-Tua Juga Sentiasa Mengingatkan Kepada Pemancing Sekiranya Ikan Yang Kita Pancing Tidak Sesuai Dengan Kehendak Kita Dan Tidak Dikehendaki, Cepat-Cepat Lepaskan Semula Ke Laut Supaya Ia Kembali Kepada Keluarga Dan Habitat Asal. Diharapkan Beberapa Teguran Orang Tua-Tua Dapat Kita Manfaatkan Bersama Supaya Sentiasa Ingat Bahawa Mati, Rezeki Dan Jodoh Pertemuaan Adalah Kuasa Allah.

Sumber - Joran, Berita Harian

Stradic...Ooo.....Stradic!!!

Emm...Bilalah Aku Nak Memiliki Mesin Stradic Ni. Nak Kata Mahal X La Berapa Nak Mahal, Tetapi Bila2 Dipikirkan Hutang Yang Masih Mengelilingi Pinggang Ni Terpaksalah Dilupakan Sementara Nak Beli Mesin Ni. Aritu Ada Jugak Survey Dekat Kedai Pancing Berjaya Kat Kluang, Harga Dalam RM6++, Hampir Tergugat Jugaklah, Nasib Baik Dapat Control Nafsu ni..Kehkeh! Xpe Lain Kali Ada Lagi Kalo Ada Duit Lebih Nanti Akan Ku Beli Jugak Suatu Hari Nanti. Yang Member Plak Tak Abis2 Suh Angkat Mesin BC, Xpe Pelan2 Kayuh, Kang Dah Sampai Seru Nanti Adalah Mesin BC Tu..Hehe! Tunggu Ajelah...Nak Beli Mesin Spinning Idaman Dulu Baru Beralih Ke BC. Buat Sementara Ni Masih Lagi Kekal Dengan Mesin Spinning Kesayangan, Walaupun Murah Dah Banyak Dah Jasa Mesin Ni..Hehe!

Shimano Stradic C14...Tgu Aku Datang!!
Reel Peberet Wat Masa Ni..Banyak Jasa Ni..:-)
Oklah...Nanti Bila Aku Dah Beli Reel Ni, Aku Tepek Kat Sini..Ok Adios Amigos :-)

Thursday 14 July 2011

Hidupan Laut Yang Berbahaya...Awas!!

Seperti Yang Kita Sedia Maklum, Jerung Adalah Hidupan Marin Yang Paling Digeruni Di Laut. Tetapi Tahukah Kita Bahawa Masih Terdapat Hidupan Marin Yang Lain Yang Juga Berbahaya. Ada Diantaranya Nampak Simple & Comel Je Tetapi Mempunyai Bisa Yang Cukup Dasyat. Bisa, Sengat, Gigi Yang Tajam, Semuanya Ini Adalah Senjata Bagi Hidupan Ini Untuk Mempertahanan Diri Mahupun Digunakan Untuk Mencari Makan. Di Bawah Ni Ada Serba Sedikit Gambar & Penerangan Tentang Hidupan-Hidupan Ini...Check It Out!!

Ikan Pari



Ikan Pari Banyak Terdapat Di Perairan Tropika, Boleh Di Temui Di Kawasan Laut Dalam Hinggalah Ke Kawasan Pantai. Terdapat Banyak Jenis Ikan Pari Seperti Yang Kita Ketahui, Namun Sebilangan Daripada Ikan Pari Ini Mempunyai Sengat Yang Sangat Berbisa Yang Terdapat Pada Bahagian Ekor Ikan Ini. Ikan Pari Biasanya Menyembunyikan Dirinya Di Dalam Pasir Atau Lumpur Di Dasar Laut, Jadi Apabila Terpijak Ikan Pari Ini, Dengan Serta Merta, Sengatnya Itu Diangkat Dan Akan Menusuk Kaki Orang Yang Memijaknya. Ianya Akan Menyebabkan Rasa Sakit Yang Teramat Sangat Dan Akan Menjadi Semakin Teruk Jika Tidak Diubati Dengan Segera.

Ikan Todak


Ikan Todak Sering Dilihat Berlegar Di Permukaan Laut. Ianya Mempunyai Paruh Yang Panjang Serta Mempunyai Gigi Yang Sangat Tajam Untuk Digunakan Untuk Menusuk Dan Melumpuhkan Mangsanya. Ada Yang Mengatakan Gigi Todak Ini Lebih Seram Daripada Gigi Buaya. Luka Yang Teruk Akan Diperolehi Jika Digigit Oleh Ikan Ini.

Ikan Buntal


Ikan Buntal Juga Banyak Terdapat Di Perairan Tropika. Ikan Ini Terkenal Bagi Kalangan Kaki Pancing Dengan Perangainya Yang Suka Mencuri Umpan Serta Suka Memutuskan Tali Pancing. Ikan Ini Berupaya Mengembungkan Badannya Dengan Tujuan Untuk Menakutkan Ikan Pemangsa Seolah-Olah Ianya Terlalu Besar Untuk Dimakan. Ikan Buntal Mempunyai Racun Yang Sangat Berbahaya (Tetrodotoxin) Pada Organ Dalaman Mereka. Sejumlah Racun Boleh Dikeluarkan Melalui Tubuh Ikan Ini. Jadi Apabila Terpegangya Segeralah Mencuci Tangan.

Belut Moray / Sesirat


Ada Beberapa Jenis Belut Laut Yang Hidup Diperairan Kita, Salah Satunya Yang Paling Dibenci Oleh Para Pemancing Ialah Belut Moray Atau Nama Tempatannya Sesirat Kerana Sering Memakan Pancing. Belut Ini Kalo Memakan Umpan Hampir Tidak Kita Sedari, Bila Joran Diangkat Rasa Seperti Tersangkut. Badan Belut Ini Sangat Berlendir Dan Suka Melilitkan Badannya Pada Tali Pancing. Berhati-Hati Terhadap Belut Ini, Kerana Ianya Mempunyai Taring Yang Tajam Dan Membengkok Ke Dalam. Ini Bererti Jika Jari Kita Digigit, Maka Agak Sukar Untuk Dilepaskan.

Scorpion Fish


Satu Lagi Ikan Yang Dapat Menyerang Kita Dengan Sengat Beracunnya Adalah Ikan Scorpion. Jangan Main-Main Dengan Ikan Ini Kerana Sengatannya Dapat Menyebabkan Kematian Jika Tidak Ditangani Dengan Segera. Ikan Ini Memiliki Sengat Yang Banyak Di Bahagian Kepalanya Dan Juga Pada Siripnya. 

Bristle Worm


Bristle Worm Adalah Sejenis Cacing Yang Hidup Di Laut, Mereka Memliki Banyak Bulu Setajam Jarum Dan Beracun. Ianya Berenang Dengan Cara Mengeliatkn Dirinya Di Dalam Air, Tetapi Lebih Sering Berpindah Dengan Cara Menghanyutkan Dirinya Dengan Arus Pasang Surut. Cacing Ini Dapat Membuka Mulutnya Dengan Lebar Dan Boleh Menelan Makanan Sebesar Tubuhnya Sendiri. Ini Bermakna Ianya Juga Boleh Memakan Umpan Pancing Kita. Jika Kebetulan Memperolehi Ikan Ini, Jangan Sesekali Memeganya Tanpa Pelapik Pada Tangan. Ini Kerana Bulu-Bulu Halus Cacing Ini Dapat Menusuk Kulit Yang Akan Menyebabkan Rasa Sakit Yang Teramat Sangat.

Mahkota Berduri


Mahkota Berduri Ini Berwarna Biru-Kelabu Dengan Jejari Hujung Bewarna Oren Kekuningan. Ianya Mudah Dijumpai Dicelah-Celah Batu Dan Karang. Boleh Membesar Sehingga Diameter 60cm Dan Mempunyai Sehingga 16 Lengan. Di Bahagian Lengan Hidupan Ini Terdapat Duri Tajam Yang Boleh Menyebabkan Kesakitan Kepada Sesiapa Yang Menyentuhnya. Bukan Sahaja Durinya Yang Beracun, Malah Badannya Juga Diliputi Dengan Lendir Yang Boleh Menyebabkan Keradangan Atau Kegatalan Pada Kulit Manusia.

Landak Laut


Landak Laut Ini Mudah Dijumpai Di Kawasan Berpasir, Berbatu Atau Berkarang. Dari Permukaan Air Ianya Dilihat Seperti Rambut-Rambut Halus Yang Tidak Merbahaya. Tetapi Awas, Kerana Benda Yang Kelihatan Seperti Rambut Itu Tadi Sebenarnya Adalah Duri Yang Sangat Tajam Dan Sangat Mudah Untuk Menembusi Kaki Manusia Jika Terpijaknya.

Ikan Depu


Sekali Dilihat Ianya Seakan-Akan Ikan Kerapu. Tetapi Sebenarnya Inilah Ikan Depu. Ianya Bewarna Coklat Dan Mempunyai Kulit Yang Agak Kasar. Suka Bersembunyi Di Dalam Lumpur, Karang Dan Batu-Batuan. Senjatanya Ialah Mempunyai Duri Yang Tajam Dan Berbisa Yang Terdapat Di Bahagian Sirip Belakang.

Cone Shell


Kebiasaanya Keluarga Cone Shell Ini Mempunyai Warna Yang Garang. Mempunyai Cengkerang Berbentuk Kon Yang Cantik, Bertompok-Tompok Kekuningan Dan Berlatar Belakangkan Warna Hitam. Biasanya Ianya Terdapat Di Kawasan Dasar Laut. Jika Diganggu Ianya Akan Menyengat Dan Bisanya Boleh Menyebabkan Lumpuh Dan Kesakitan Yang Amat Sangat.

Fire Coral


Fire Coral Biasanya Bewarna Coklat Terang, Mempunyai Cabang Yang Licin Dan Bewarna Kekuningan. Ianya Kelihatn Cantik Untuk Dipandang, Tapi Hati-Hati Kerana Ianya Tidak Cantik Untuk Dipegang. Ini Kerana Di Setiap Cabang Fire Coral Ini Mempunyai Polip Yang Menyengat.

Stone Fish


Ianya Banyak Terdapat Di Perairan Tropika, Lautan Psifik Dan Lautan Hindi. Ianya Adalah Ikan Yang Sangat Hodoh Dan Mempunyai Kadar Bisa Yang Sangat Tinggi. Ikan Ini Menyimpan Racunnya Di Dalam Tetulang Di Badannya. Mangsa Yang Terkena Sengatannya Akan Mengalami Kesakitan Di Anggota Badan Sehingga Mematikan Tisu Dan Boleh Menyebabkan Lumpuh.

P/s - Kalu Ado Maso Den Update Lagi K...:-P

Wednesday 13 July 2011

Bibik Dan Telefon :-)



Telefon Pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah Ini Kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah Nombor..Ini Kediaman Keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon Ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah Ini Kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, Salah Dail Ni, Encik..!! Ini Kediaman Keluarga Tuan Syed Mahmud. (Jawabnya Kesal)

Telefon Ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 Kamu!!.. Awas Ya!! Walau Saya Cuma Pembantu, Tapi Saya Bisa Laporin Kamu Ke Polisi..!! (Marah Sangat Dah Ni!)
Penelefon (X) : Apakah Ini Kediaman Keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. Maaf2 Yaaa…, Tadi Soalnya Ada Beberapa Kali Salah Sambung. Mau Cari Siapa Tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (Sambil Usap2 Dada)

Telefon Ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang Ajaaar..!!! Kamu Punya Nyawanya Berapa Hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf Tuan! Sorry Sekali, Tadi Ada Orang Gila Telpon! Ada Perintah Apa Tuan.??
Penelefon (X) : Segera Panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (Pengsan)

Selepas 10 Minit Kemudian Setelah Tersedar Dari Pengsan,

Telefon Ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (Suara Berbeza Berbanding Panggilan2 Terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh Ini Suaranya Lain…). Mau Cari Siapa Tuan..??
Penelefon (Z) : Ini Kediaman Keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya Betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , Tadi Ada Orang Cari Saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (Terkejang!)

Tuesday 12 July 2011

Bulan & Pemancing - Pemilihan Hari Berdasarkan Arus


Bulan Adalah Penanda Waktu Untuk Pemancing Kawasan Laut, Muara Dan Pemburu Udang, Dan Waktu Yang Dipilih Selalunya Menentukan Kegagalan Atau Kejayaan Untuk Pemancing. Kalendar Islam Dan Kalendar Cina (Lunar) Dikira Mengikut Perubahan Bulan Dan Ia Menjadi Rujukan Kepada Pemancing Dan Nelayan Sebagai Rujukan Dalam Mencari Rezeki Dan Tidak Menjadi Halangan Untuk Turun Memancing Pada Mana-Mana Waktu Untuk Kita Menurunkan Umpan Asalkan Kita Tahu Dimana Umpan Perlu Diletakkan.

Air Besar

Dalam Kalendar Islam Bulan Penuh Adalah Awal, 15 Haribulan, Dan Akhir Bulan. Pada Bulan Jun 2010 Yang Lepas Bulan Penuh (Juga Dipanggil Purnama) Adalah Pada 14 Haribulan Dan Sekali Lagi Pada 28. Apabila Bulan Penuh, Beza Antara Pasang Dan Surut Amat Besar. Perbezaan Ini Menyebabkan Arus Akan Bergerak Laju Setiap 6 Jam Dari Pasang Kepada Surut Dan Sebaliknya.

Jadual Pasang Surut 28 Jun 2010 Atau 15 Rejab 1431H Untuk Pelabuhan Kelang

0115     1.0
0712     4.6
1319     1.6
1913     4.6

Memancing Pada Waktu Ini Amat Senang Untuk Menjejak Ikan Kerana Mereka Akan Berkumpul Di Lubuk Atau Mencari Perlindungan Berhampiran Struktur Tenggelam Kerana Arus Yang Laju Akan Memenatkan Ikan. Yang Susahnya Kepada Pemancing Ialah Menggunakan Peralatan Yang Sesuai Untuk Air Besar Ialah Peralatan Memancing Yang Lebih Besar Berbanding Air Perlahan Atau Mati.
     
Pemancing Pantai Memerlukan Waktu Sebegini Kerana Pada Air Pasang Ikan Akan Rapat Ke Pantai Atau Tebing Memburu Makanan. Kawasan Muara Akan Dipenuhi Ikan Laut Kerana Kadar Kemasinan Air Yang Tinggi Membolehkan Ikan Meneroka Jauh Ke Sungai. Air Besar Memberi Khabar Buruk Kepada Pemancing Udang (Bukannya Tiada Udang) Kerana Arus Sungai Yang Laju Tidak Sesuai Kerana Muara Kita Yang Dipenuhi Sampah Semulajadi Atau Buangan Manusia Akan Memberi Tentangan Kepada Tali Dan Batu Ladung Bersaiz Besar Tidak Sesuai Untuk Saiz Pancing Udang. Air Pasang Yang Bergerak Jauh Ke Hulu Menyebabkan Pemancing Udang Terpaksa Ke Hulu Dalam Jarak Yang Jauh (Udang Akan Bergerak Untuk Mengelakkan Air Masin) Dan Begitu Juga Sebaliknya Apabila Air Surut.

Air Mati

Air Mati Ialah Istilah Untuk Pergerakan Air Yang Perlahan Kerana Beza Air Pasang Surut Yang Kecil

Jadual Pasang Surut 21 Jun 2010 Atau 8 Rejab 1431H Untuk Pelabuhan Klang

0022     3.8
0634     1.9
1304     4.4
1944     2.0

Ikan Akan Bertaburan Di Segenap Perairan Kerana Arus Perlahan Tidak Mengekang Mereka Mencari Perlindungan Tapi Susah Untuk Menjejak Mereka Kerana Lubuk Dan Struktur Tenggelam Bukan Lagi Penempatan Semasa Arus Perlahan. Saya Mencadangkan Waktu Terbaik Adalah 4 Hari Sebelum Air Besar Dan 4 Hari Selepas Air Besar, Begitu Juga Untuk Air Mati, Pilih 4 Hari Sebelum Dan Selepas. Arus Pada Masa Hari Pilihan Tidak Laju Dan Tidak Perlahan, Mangsa Boleh Dipilih Dari Lubuk Atau Sarang Atau Luar Kawasan Ini. Waktu Yang Saya Paling Tidak Sukai Ialah Wajtu Air Mati Kerana Apabila Umpan Diturunkan, Tali Akan Terus Ke Dasar Dan Umpan Berada Dalam Keadaan Senyap Tanpa Buaian Arus (Ada Orang Memanggilnya Tali Berdiri) Dan Hasil Waktu Ini Amat Menyedihkan.

Waktu Yang Paling Sukai Ialah Waktu Air Besar Kerana Tidak Ramai Yang Menjalankan Aktiviti Waktu Ini (Senang Untuk Tempahan Bot) Dan Laut Atau Sungai Untuk Pancing Udang Kita Yang Punya. Air Besar Dan Air Mati Adalah Penentuan Laju Atau Perlahannya Arus Tapi Bukan Membolehkan Kita Tahu Kelajuan Angin Atau Ribut, Ia Tidak Bersangkut Dengan Cuaca (Hujan Atau Angin) Dab Jangan Kita Katakan Jika Arus Laju Maka Angin Akan Laju (Kena Gelak Nanti)!

Sekian

Sumber - Majalah Kembara Kail

Monday 11 July 2011

Dasyatnya Malam Jumaat..:-p


Malam Itu Malam Jumaat. Kasim Ingin Beristirehat Awal Bersama Isterinya, Dia Fikir Daia Akan Dapat Banyak Ganjaran Jika Berbuat Begini. Ganjaran Paling Nyata Ialah Hakikat Dia Kini Sudah Mempunyai Lapan Orang Anak, Emapat Daripada Mereka Masih Kecil Lagi. Yang Bongsu Masih Lagi Menyusu

"Malam Ini Kita Tidur Awal, Malam Jumaat," Kata Kasim Pada Ani, Isterinya Yang Sedang Menyusu Anak Bongsu Mereka.

"Tak Boleh Bang, Sebab Anak Kita Masih Belum Tidur, Nanti Saya Tidurkan Mereka Dulu," Kata Ani.

"Baiklah Awak Uruskan Mereka, Abang Akan Ke Bilik Sebelah Membaca Al-Quran," Balas Kassim Sambil Ke Bilik Air Mengambil Wudhuk. Setelah Mendapatkan Songkok, Al-Quran Dan Meminum Seteguk Air Sejuk, Kassim Bersedia Untuk Memulakan Kerja Ibadahnya.

"BISMILLAHHIRRAHMANNIRROHIM"

"Bang!! Anak Dah Tidur" Terkejut Kassim Mendengar Suara Ani Yang Membawa Khabar Baik Kepadanya Dalam Jangkamasa Yang Begitu Singkat.

"SODAQALLAHULAZEEM"

Tulah Dasyatnya Malam Jumaat...:-p

Sumber - Lubuk.net

Sunday 10 July 2011

Lelaki Buta Dan Sudu


Seorang Lelaki Buta Memasuki Sebuah Restoran. Amin Adalah Pemilik Restoran Itu Juga Berperanan Sebagai Pelayan Mendatanganinya Dan Mengulurkan Menu. "Saya Orang Buta Dan Saya Tak Boleh Membaca Menu. Tolong Bawakan Sudu Kotor Yang Telah Dipakai Oleh Pengunjung Sebelumnya Dan Saya Akan Menciumnya. Dari Situ Nanti Saya Tahu Masakan Apa Yang Enak Untuk Dipesan," Kata Lelaki Buta Tersebut

Amin Mengumpulkan Beberapa Sudu Bekas Dipakai Yang Ada Dan Memberikanya Kepada Lelaki Tersebut. Ia Mencium Sudu Itu Dan Akhirnya Berkata, "Saya Pesan Ikan Pais Dan Sayur Masak Asam Bang" Dengan Agak Terperanjat Amin Mencatat Pesanan Lelaki Buta Itu. Menu Itu Memang Menjadi Kegemaran Para Pengunjung Restoran Tersebut.

Beberapa Hari Kemudia Lelaki Buta Tersebut Datang Lagi. Sekali Lagi Ia Minta Sudu Bekas Dipakai Untuk Dicium, Tetapi Bukan Yang Sudah Dipakai Untuk Makan Ikan Pais Dan Sayur Masak Asam. Hanya Ada Satu Sudu Yang Sudah Dipakai Untuk Makan Menu Lainya. Amin Memberikannya Kepada Lelaki Buta Tersebut Dan Kemudian Diciumnya Lalu Berkata, "Bau Sudu Yang Ini Sedap Juga, Seperti Sudah Diguna Untuk Makan Ayam Bakar Dengan Sayur Ulam Dan Sambal Belacan." Amin Mengiyakan Dan Si Lelaki Buta Itu Memesan Makanan Tersebut.

Lelaki Buta Itu Datang Sekali Lagi Beberapa Hari Kemudian. Dia Datang Lebih Awal Sebelum Pengunjung Lain Datang Sehingga Tiada Sudu Yang Telah Diguna Yang Boleh Diberikan Kepadanya Untuk Dihidu. Entah Dari Mana Datangnya, Tiba-tiba Sifat Nakal Bodoh Amin Muncul. Ia Menghampiri Isterinya Yang Berperanan Sebagai Tukang Masak Di Dapur

Diberikannya Satu Sudu Dan Berkata, "Yati, Kamu Usapkan Sudu Ini Di Ketiak Kamu"  "Apa-apalah Abang Ni?' Tanya Yati Tak Faham. "Sudahlah Ikut Jelah, Untuk Kemajuan Restoran Kita." Kata Amin Setengah Memaksa. Yati Menurut, Mengusapkan Sudu Tersebut Di Ketiaknya Dan Menyerahkan Kembali Kepada Amin.

Dibawanya Sudu Tersebut Ke Lelaki Buta Yang Sedang Duduk Meninggu Itu. Lelaki Buta Utupun Menghidu Sudu Tersebut, Dengan Mengenyitkan Keningnya, Lelaki Tersebut Berkata, "Aku Tidak Menyangka Betul Kalau Yati Bekerja Disini, Boleh Saya Jumpa Dia?"

Amin:????????

Sumber - Lubuk.net


Saturday 9 July 2011

My Lure Collection :-)


Semua Ni Adalah Gewang-gewang Yang Telah Berjaya Di Kumpul Sejak Berkecimpung Dalam Arena Casting. Kebanyakan Gewang Jenama Rapala, Yo Zuri, Storm, & Abu Garcia. Dalam Banyak-banyak Gewang Ni Hanya 4 Biji Gewang Je Yang Pernah Memperdayakan Ikan..Kehkeh! Lepas Ni Kena Berusaha Keras Lagi Untuk Bagi Gewang-gewang Ni Merasa Dikekah Ikan..Kehkeh!

Kadang Ada Orang Kata Membazir Kumpul Menatang Ni, Tapi Nak Wat Camne Kan, Dah Hobi. Samalah Macam Kumpul Setem, Bukannya Mendatangkan Hasil Sangat, Tapi Dah Hobi nak Wat Camne Kan. Tapi Kan Feel Kalu Gewang Kena Sentap Ngan Ikan Memang Dasyat Berbanding Dapatkan Ikan Dengan Teknik Bottom (Umpan)..Karan Dia Leh Buat Tangan Terketar-ketar, Lutut Mengigil...Dasyat X Dasyat Lah Kan.

Cuba Bayangkan Kita Tengah Tekun Mengarau, Tiba2...Bedebush Ikan Sambar Gewang, Tali Kuar Mencurah-curah..Tak Ke Terkujatkan..Haha! Silap2 Lepas Dapat Wat Naik Ikan Tu Kena Rehat Sekejap Bagi Hilangkan Gigil..Kehkeh! Oklah..Adios :-)